|
|
||||||
Berita Harian, RatuRabu, Januari 14, 2009Kilauan Permata BerwarnaJauhari OE tampil pelbagai rekaan menarik sempena tahun baru.
Malah, mahal atau murah sesuatu barang kemas itu, tiada siapa yang berhak mempertikaikannya kerana kalau sudah namanya emas, pastinya ia mempunyai nilai tertentu. Hanya jauhari mengenal manikam dan kini ada pelbagai corak reka bentuk barang kemas digemari wanita selaras perkembangan fesyen busana yang sentiasa menjadi keutamaan dalam berpakaian.
Jenama barang kemas Oeding-Erdel jewellery (OE Jewellery) menawarkan rekaan terkini yang bertitik tolak daripada bentuk hati yang dinamakan koleksi C Natasha dan pelbagai perekaan lain yang boleh disesuaikan untuk semua acara.
Koleksi C Natasha misalnya dihasilkan Pengarah Teknikal OE Jewellery sendiri, Urs Andreas Capol, sempena nama anak perempuan beliau. C Natasha menampilkan set subang dan loket daripada berlian diikat dengan emas putih dengan kombinasi emas kuning yang menyuntik nuansa unggul kepada pemakai. Koleksi ini sesuai digayakan anak gadis kerana rekaannya yang cantik dan halus.
OE Jewellery mengambil langkah ke hadapan apabila menyelaraskan barang kemas dengan perekaan busana yang dihasilkan pereka fesyen terkenal negara ini, antaranya Leung Thong Ping, Khoon Hooi, Edmund Ser, Melinda Looi, Kem Salleh, Ashley Wong, Melvin Lam dan Carven Ong.
Konsep suai padan antara busana dan barang kemas ternyata membuahkan hasil apabila gaun petang rekaan Melvin Lam digabungkan dengan set berlian terdiri daripada subang, kalung dan cincin diyakini memukau pandangan orang ramai lantaran keanggunan gaun dan kilau berlian mencuri perhatian.
Perhitungan Melinda Looi dengan gaun koktel memercik suasana ceria apabila gaun koktel memercik suasana ceria apabila gaun labuh paras lutut itu dipasangkan dengan barang kemas bercorak retro diperbuat daripada permata corals dan firus dililit berlian hadir dalam set cincin, subang dan rantai leher dengan reka bentuk persis embun menitik. Gandingan ini pasti meletakkan anda dalam kelas tersendiri.
Keunggulan mutiara sentiasa memukau dan diakui segar sepanjang masa, justeru Edmund Ser melalui rekaan sui korporat untuk lelaki dan wanita mengenengah sut berwarna biru gelap, coklat dan krim untuk dipadankan dengan cincin dan kalung mutiara yang berupaya memberi kenyataan hebat kepada pemakai, manakala barang kemas untuk lelaki pula tersedia dalam bentuk emas putih yang ditempa menjadi cincin dan rantai tangan.
Selain itu, ada beberapa lagi rekaan hebat yang lain yang boleh anda gayakan untuk ke majlis tertentu yang tentunya akan membuatkan anda menjadi titik tumpu andai menggayakan himpunan berkenaan.
Cincin berasaskan zamrud yang disusun sebaris, cincin bolehubah campuran permata yang membias warna pelangi mahupun untaian emas merah dan ebrlian asli, semuanya ada di OE Jewellery.
Untuk menikmati keindahan rekaan terbaru OE Jewellery ini, kunjungi bilik pameran permis berkenaan di Kuala Lumpur, Gurney Plaza, Queensbay Mall dan Bayan Lepas Pulau Pinang.
Click here for "Style Sense by OE".
|
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
|
|
||||||
| Shop for jewellery here | ||||||
|
|
|